Friday 4 March 2011

jodoh.

Dah lama rasanya tak hapdet blog. Busy gila dengan kerja-kerja sekolah. Sekarang baru tau " nikmatnya " jadi student final year. Banyak benda nak fikir and terpaksa fikir. Lepas tu perot pulak asek je nak lapar malam2 buta mengidam benda yang tak masuk akal !


Hari neh nak cakap pasal jodoh, bukan jodoh kawen tapi jodoh tempat pektikel cik seri bulan Mei nanti.Konpius nak pilih mana satu, TV 3 or NSTP. Dua-dua pon macam menarik je.


Harap-harap malam neh boleh mimpi best.
Good Mornight semua ! 







Thursday 27 January 2011

pem'vios' durjana !





Pernah tak korang tinggal kat rumah flat ? Kalau pernah mesti korang tau betapa sakitnya hati berhadapan dengan manusia-manusia yang hanya tau pikirkan keuntungan & kepentingan diri sendiri je tanpa semak-semak otak pikir hal orang laen. Memang, sebelom ni pon pernah jadi kat cik seri, tapi semalam paling mengguris jiwa :p


Lebih kurang pukul 9.30 malam, cik seri bersiap-siap nak pegi rumah abang kat Bandar Baru Bukit Raja yang lebih kurang 10-15 min je dari rumah cik seri kat seksyen 7 ni. 5 minit lepas siap ala-ala kadar cik seri turun bawah nak ambik kereta. Perasaan sedikit kecewa bila tengok ada kereta Vios hitam block kereta cik seri. Kalau korang nak tau ni adalah fanomena biasa bagi permastautin rumah-rumah flat bertaraf rendah dan sederhana. So takpelah, since cik seri tak mampu nak tolak kereta tu sorang-sorang cik seri pon mintak la tolong abang bangla yang selalu lepak-lepak kat bawah tu. Diorang ni rajin, kita tak abes cakap lagi dah willing je nak tolong compare dengan orang melayu kita (walaupun bukan semua). Kenapa ? Pernahlah dulu cik seri nak pegi kelas pagi, tapi ada kereta block kereta cik seri macam semalam. Sorang mamat melayu ni nampak cik seri terkial-kial nak tolak kereta tapi dia buat-buat tak nampak je. Bila cik seri pergi kat dia mintak tolong, muka macam serba salah je nak tolong. Berbeza betul dengan mamat-mamat bangla, mereka ni kadang-kadang kita tak cakap pun dah boleh je tolong dengan sukarela walaupon mereka tau takde upah. Ini bukan cakap sebab cik seri dah jatuh hati kat mamat bangla ke apa tapi ini adalah hakikat !


Okay sambung cerita, lepas je abang bangla & cik seri tolak kereta Vios tu, kereta tu pon mengeluarkan bunyik yang sangatlah annoying. Rupa-rupanya si empunya kereta dah tarik handbreak kereta dia sebelum ditinggalkan kat situ. Mungkinlah konon-konon nak parking kejap kot. Lepas alarm kereta dia bunyik-bunyik beberapa minit, tuan punya kereta tu matikan alarm kereta dia. Still cik seri tetap bersabar. Tunggu sampai 10 minit untuk kasi peluang tuan punya kereta turun & alihkan kereta dia. Tapi tak jugak turun-turun. Penghuni-penghuni flat dah mula intai-intai dari tingkap rumah masing-masing. Sorang mamat melayu ni agaknya kesian tengok cik seri tertunggu-tunggu, dia pon tolong tolak and si Vios pon berbunyik-bunyik lagi sekali. Sekali lagi jugak alarm tu dimatikan entah dari mana. Kali ni cik seri dah tak mampu nak bersabar, terus je cik seri tekan hon lama-lama sampai 10-15 minit sampai semua orang tengok kat tingkap & ada yang turun bawah nak tengok apa yang jadi. I just don't care anymore !


Tahu tak kentalnya hati tuan Vios, cik seri buat camtu pon dia tak jugak turun-turun menyerah kalah untuk alihkan kereta dia. Tersangatlah pentingkan diri sendiri sampai sanggup keamanan flat terjejas angkara sikap pentingkan diri dia tu !


Okay, takpe kalau you tak nak turun i sanggup tido kat dalam kereta tunggu you ! Nak sangat cik seri tengok camne rupanya manusia yang tak bertanggungjawab & tak berhati perot tu.


Lepas beberapa minit cik seri tunggu kat kereta barulah tuan kereta yang berbaju kuning konon-konon hensem tu muncul entah dari mana. "You tak boleh pikir ke ?" Hangen betol cik seri time tu. Mamat tu boleh turun dengan muka tak bersalah sambil maen tolak-tolak kereta dia nak tengok bunyik ke tak bila tolak. " Sorry betul-betul tak perasan tadi". Korang rasa alasan dia tu boleh di terima tak ? Kamon, you jangan nak pandang perempuan macam i ni sebelah mata & tak mampu bertindak bila dipermainkan camtu. Koranglah yang patutnya tolong kitorang dalam kesusahan, bukan menyusahkan hidup kitorang yang lemah ni. Sekian !


p/s : gambar adalah hiasan semata-mata. 

Monday 24 January 2011

'pelancong' si kekaseh lama.

Semalam tengok muvi lagi. Kali neh dengan kakak kukis cik seri sebab dah lama tak hang-out sama-sama. Muvi pilihan mestilah yang ada jejaka hensem supaya pelaburan kami sebanyak 10 hengget bukanlah sesuatu yang sia-sia belaka :p
Selepas perbincangan yang mengakibatkan pertelingkahan kecil, kami akhirnya sepakat untuk pilih cerita 'The Tourist' lakonan Johnny Depp & Angelina Jolie. Hajat kakak kukis dari malam tahun baru lagi. So adik prihatin haruslah redha (konon2 aje,bukan betol2) :p


Walaupon ramai kasi respon negatif dari cerita neh, cik seri and kakak kukis rasa cerita neh tetap best. Hero & heroin yang kacak & jelita. Jalan cerita pon best.Angau habess cik seri dengan Johnny Depp yang macho & maskulin tu. And part paling tak tahan boleh pulak berangan-angan nak jadi macam Angelina Jolie lepas habes tengok cite tu. Nais sunggoh !


Bagi yang belom tengok, meh baca SINOPSIS meh ;)


Frank Taylor (JD) bercuti ke Itali dan berkenalan dengan Elise Ward (AJ) dalam keretapi. Selepas berborak2 dalam keretapi, mereka jadi 'buddy' dan sepakat untuk habiskan waktu bersama-sama kat Itali. Di sana, Frank mula jatuh cinta kat Elise.

Tapi tanpa pengetahuan Frank, Elise sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Elise memanfaatkan Frank untuk mengaburi mata polis yang sedang memburu kekasihnya, Alexander. Berjayakah Elise memanfaatkan Frank, kekasih lama cik seri tu ? 



Silalah ke pawagam berdekatan dengan rumah. Gerenti tak rugi :)




si kacak & si jelita.


Friday 21 January 2011

kelas kansel & khurafat.


poster pun dah suruh jerit2 ;)


Apa korang rasa bila dah siap cantik-cantik and lari-lari datang kelas tiba-tiba kelas kansel ? Geram gila kan ?Neh la hakikat yang cik seri and the gang wajib lalui dari semester satu lagi.Tak tau la kenapa lecturer xnak bagitau awal2 takde kelas. At least boleh jugak plan aktiviti yang lebih berfaedah, contohnya sambung tido :p

Selasa lepas sekali lagi hal yang sama jadi kat cik seri and the gang.Tapi sebab kitorang dah wangi-wangi and lawa-lawa (yea kami memang lawa :p) datang kelas so kitorang decided untuk pegi tengok wayang.yahuu !!!

Movie pilihan kali neh ialah cerita seram terhebat abad ini iaitu khurafat.Semua orang cakap seram gila.So kitorang pon tergedik-gedik jugaklah nak pegi tengok. Hakikatnya memang seram okay ! Akibatnya cik seri berjaya tido dengan lampu terbukak setiap malam sampailah ke malam tadi :p

Walau bagaimanapun ada jugak sesetengah scene tu yang kadang-kadang macam tak logik.Especially scene kat hospital yang asek nak tutup lampu walaupon kat dalam ofis hospital. And cik seri personally rasa, pemilihan liyana jasmay sbg wifey syamsul yusof macam xberapa nak sesuai je. Overall, cite neh memang takot.Nampak kemajuan dari cerita-cerita seram malaysia terdahulu. Seronok jerit-jerit dalam panggung :D

Thursday 13 January 2011

basi dan malas.

Selamat tahun baru yang agak basi untok semua. Semoga tahun baru akan lebih seronok dan lebih mabeles dari tahun-tahun terdahulu.

Cik seri gumbira sebab dah masuk final year, yeay ! 
Dan 'yeay' yang satu lagi untuk pening-pening cari tajuk tesis :p

Btw, entri malas kali neh cik seri post sekali Newlyweds III yang dah dijanjikan pada entri yang lepas.

Newlyweds III :  Ayu  Fad
Puan ayu kawan sedarjah cik seri jugak masa diploma dulu. Spesis sama macam cik seri sebab kecik cinonet je tak besar-besar. And sebab tulah kitorang selalu nampak muda remaja walaupun dah tak remaja lagi (sesi angkat bakul sendiri sebab xde orang nak tolong angkat) :p

Jom nikmati kelazatan gambar-gambar dari encik kalkal :p

Puan Ayu yang cantik jelita

Puan Ayu & Encik Fad dekat I-City

Pakcik febret of the day !

Yeay ! seronoknya baling-baling bunga :p


p/s : semua gambar diambil dari Haikal Photography.
harap maklom.


Thursday 9 December 2010

fiesta cinta.

Bermula cuti sekolah maka bermulalah juga musim fiesta cinta. Bakal-bakal penganten dah tentu-tentulah seronoknya, tetamu-tetamu undangan lagilah seronok. Especially gadis-gadis ober macam cik seri. hikhik :p


Cuti semester kali neh, cik seri dapat 3 jempotan kawen dari kawan-kawan sedarjah. Haa...seronok tak dapat kawen ? Gilalah sape yang cakap tak tu kan!Cik seri je maseh sabar tunggu turn :)

Newlyweds I : Faizal (mamu)  Suraida
Mamu neh kawan sedarjah cik seri masa kat uitm dulu. Masa tu cik seri ambik course diploma ukur bangunan & kitorang sama-sama grad tahun 2006 kalau tak silap (boleh tak lupa ?).Malangnya cik seri tak berkesempatan nak memenuhi jempotan yang satu neh atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... Apa-apa pon penganten tersangatlah gojes. Tak percaya ? Silalah lihat sendiri !

Puan Suraida & Encik Faizal

Newlyweds II : Hafizah  Hazazi
Hafizah pulak kawan lama cik seri dari sekolah rendah kat taman keramat dulu. Bila masuk uitm Shah Alam, terjumpa pulak kat fakulti & kolej yang sama. Kecil & comel je dunia kan ? Wedding pasangan neh tersangatlah suweet. Dari pelamin, meja beradap, dekorasi hinggalah ke pasangan pengantinnya semunya comel-comel belaka. Malang pulak sekali lagi bila cik seri just bawak kamera filem pada haritu, tu pon kepunyaan kakak. Bertambah-tambah malang bila filemnya belom pon sempat dicuci. Maknanya takde jugaklah gambar peribadi yang dapat dieksenkan :p

Encik Hazazi & Puan Hafizah


Newlyweds III : bakal dihapdet kemudian. (Insha Allah)

Selamat bercinta ke hujung nyawa buat semua pasangan penganten baru ! Doakan cik seri ikot jejak langkah anda secepat mungkin ye. hik ! nak jugak kan ? :p

p/s : semua gambar diambil dari koleksi kesayangan penganten baru.
harap maklom.

Wednesday 1 December 2010

langkah mula.

Rasa seronok dan eksited bila ada blog sendiri. Rasa kuno pon ade jugak sikit. Jauh betul cik seri dah ketinggalan zaman :p

Ape-ape pun, berhibur dengan blog cik seri ye !