Monday 24 January 2011

'pelancong' si kekaseh lama.

Semalam tengok muvi lagi. Kali neh dengan kakak kukis cik seri sebab dah lama tak hang-out sama-sama. Muvi pilihan mestilah yang ada jejaka hensem supaya pelaburan kami sebanyak 10 hengget bukanlah sesuatu yang sia-sia belaka :p
Selepas perbincangan yang mengakibatkan pertelingkahan kecil, kami akhirnya sepakat untuk pilih cerita 'The Tourist' lakonan Johnny Depp & Angelina Jolie. Hajat kakak kukis dari malam tahun baru lagi. So adik prihatin haruslah redha (konon2 aje,bukan betol2) :p


Walaupon ramai kasi respon negatif dari cerita neh, cik seri and kakak kukis rasa cerita neh tetap best. Hero & heroin yang kacak & jelita. Jalan cerita pon best.Angau habess cik seri dengan Johnny Depp yang macho & maskulin tu. And part paling tak tahan boleh pulak berangan-angan nak jadi macam Angelina Jolie lepas habes tengok cite tu. Nais sunggoh !


Bagi yang belom tengok, meh baca SINOPSIS meh ;)


Frank Taylor (JD) bercuti ke Itali dan berkenalan dengan Elise Ward (AJ) dalam keretapi. Selepas berborak2 dalam keretapi, mereka jadi 'buddy' dan sepakat untuk habiskan waktu bersama-sama kat Itali. Di sana, Frank mula jatuh cinta kat Elise.

Tapi tanpa pengetahuan Frank, Elise sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Elise memanfaatkan Frank untuk mengaburi mata polis yang sedang memburu kekasihnya, Alexander. Berjayakah Elise memanfaatkan Frank, kekasih lama cik seri tu ? 



Silalah ke pawagam berdekatan dengan rumah. Gerenti tak rugi :)




si kacak & si jelita.


2 comments:

  1. aku dah download cter ni semlm.. mlm ni nk tgk dlm bilik gelap sorg2.. haha..

    ReplyDelete
  2. hehe gud.
    tapi nape mesti dalam gelap ?
    konpius aku.
    nnti kirim salam xbf aku tu :p

    ReplyDelete